Watch “Gua Hira” on YouTube

Advertisements

Selawat.

*SELAWAT MENGHILANGKAN DUKA & MENCUKUPKAN KEPERLUAN*

*Allah & para malaikat berselawat ke atas Nabi dan menyuruh kita berselawat.*

Amat banyak manafaat selawat, mendengarnya atau hadiri Majlis Selawat, terutama pada MALAM & HARI JUMAAT.

Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman, *berselawatlah kamu* kepadanya serta *ucapkanlah salam sejahtera* dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Nabi Sallallahu’alaihi wa’ala alihi wasohbihi wasallam, juga bersabda:

من صلى على صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات

Maksudnya:
“Barangsiapa yang *berselawat ke atasku* sekali selawat, nescaya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan berselawat (yakni memberi rahmat) ke atasnya 10 kali.”

*JOM SELAWAT:*

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.

*Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa’ala aali Sayyidina Muhammad.*

Bacalah sebanyak-banyaknya: 3, 10, 11, 33, 100 kali atau lebih lagi.

Bacaan Selawat yg lebih sempurna:

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وبارك عليه وعلى آله وصحبه أجمعين.

*Allahumma solli wasallim ‘ala Sayyidina Muhammad wa’ala aalihi wasohbihi ajma’in.*

*SELAWAT IBRAHIMIYAH:*

اللهمَّ صل على محمدٍ وعلى آل محمد ، كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم ، وبارك على محمد وعلى آل محمد ، كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم ، إنك حميد مجيد

(Bacalah banyak-banyak)

*ISTIGHFAR:*
Perbanyakkan juga istighfar setiap hari mohon ampun utk diri sendiri dan juga utk orang lain.

*BACALAH SENTIASA:*

*Astaghfirullahal ‘azim.*

Atau bacaan istighfar utk diri dan utk orang lain:

أستغفر الله للمؤمنين والمؤمنات ، الأحياء منهم والأموات

*Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, al ahya’ iminhum wal amwat.*

Bacalah banyak2. Sebab Nabi juga beristighfar 100 kali sehari.

Akhukum fi
Mahabbati Rasulillahi saw,
*Akademi Tajwid @Suadamai BTHO*
Fb: ustaz zul al-baghdadi
*Hp: 0123441043*

Ingat Mengingat membawa kita ke Jannah…. Allahumma amin.

💕💞💕💞💕💞💕💞💕💞💕